RSS Feed

Benarkah Si Dia Mencintaiku?

Posted by Kanjeng AnGga Panseria Label: , ,

Bagi pasangan bercinta atau yang sudah menikah, tentunya kita mau pasangan yang betul-betul menghargai kita. Pasangan istimewa adalah yang memahami kita hampir seluruh dari segi aspek seperti emosi, perangai, sikap, perwatakan, penampilan dan sebagainya.

Benarkah dia mencintaiku


Tapi kadang-kadang kita jarang mengetahui hakikat sebenar dalam diri kita dan pasangan kita, adakah kita faham si dia? Adakah kita faham diri kita? Yang paling penting dalam percintaan adalah, adakah si dia benar-benar mencintai kita, di bawah ini, saya ingin berkongsi sedikit antara bagaimana mau menguji pasangan kita, sama ada si dia benar-benar cintakan kita. Ujian ini hanyalah kecil saja dan mungkin semua orang tidak mau mempraktikkan.


1. Pertama Dengan Melihat Tingkah Laku Si Dia
Banyak perkara yang boleh anda perhatikan pada si dia untuk anda mengetahui perasaanya kepada anda. Antaranya, adakah dia tiba-tiba berubah tingkah laku ketika berada di samping anda? Kalau biasa-biasa buat muka cool, tapi apabila dekat dengan anda dia buat muka yang lebih ‘friendly’ dan romantik. Kalau biasa-biasa dia pakai selekeh tapi apabila berjumpa dengan anda dia memakai pakaian bergaya dan wangian menusuk kalbu.

Benarkah dia mencintaiku

Adakah ini bermakna dia meminta perhatian anda? Ketahuilah bahwa bukan senang lelaki jika dibuat benda-benda macam ni. Ini bermakna dia berusaha keras untuk menunjukkan sayang dan penghargaannya kepada anda.

2. Dia Asyik Curi Pandang Anda
Pernahkah ketika anda sedang khusyuk melakukan sesuatu, jauh di sudut mata anda perasaan si dia tengah memerhatikan anda? Kemudian ketika anda menoleh, dia pura-pura menoleh ke arah lain? Ini bermakna dia menyukai anda dan tidak dapat menipu diri sendiri bahawa dia mencintai anda.

3. Dia Adalah Pahlawan Sejati Anda
Ketika anda dilanda masalah, ada  dia muncul entah dari mana membantu. Tayar kereta anda pancit, tidak sampai 5 menit dia tiba membantu.
Benarkah dia mencintaiku

Dia buka pintu untuk anda, tarik kursi anda ( seperti drama sedikit-dikit lah icon smile Benarkah Si Dia Mencintaiku? ). Lelaki yang melakukan perkara ‘respectful’ begini kepada wanita hanya ada satu sebab saja – CINTA.

4. Dia Berkawan Dengan Kawan Anda
Si dia tahu bahwa rekan-rekan dan keluarga di sekeliling anda adalah orang yang penting dalam hidup anda. Dia coba berkawan dengan rekan anda. Lelaki yang tidak kisah untuk mengenali atau berkawan dengan orang-orang penting dalam hidup anda adalah lelaki yang berdusta dan bersandiwara mencintai anda.

5.  Dia Jujur Kepada Anda
Lelaki yang benar-benar mencintai anda akan jujur dan ikhlas berkongsi apa yang tersirat di hatinya kepada anda. Tak kira masalah peribadi atau kerja, dia akan bercerita kepada anda seperti anda sahabat karibnya. Lelaki yang berdusta hanya melemparkan kata pujian palsu dan dusta semata-semata.



 Sunting ulang oleh KanJeng Pan$er by Pakar Cinta.com

Dari mana aja

blogger web statistics
Literature W3 Directory - the World Wide Web Directory