RSS Feed

Syair Cinta Rabiah

Posted by Unknown Label: , ,


puisi romantis

Tuhanku, tenggelamkan aku dalam cintaMu
Hingga tiada sesuatupun yang menggangguku dalam menjumpaiMu
Tuhanku, bintang-gemintang berkelip-kelip
Manusia terlena dalam buaian tidur lelap
Pintu-pintu istana telah rapat tertutup

Tuhanku, demikian malam berlalu
Dan siang datang menjelang
Aku menjadi resah gelisah
Apakah persembahan malamku Kau Terima
Hingga aku berhak mereguk bahagia
Ataukah itu Kau Tolak, sehingga aku dihimpit duka?

Demi kemahakuasaan-Mu
Inilah yang akan selalu ku lakukan
Selama Kau Beri aku kehidupan
Demi kemanusiaan-Mu,
Andai Kau Usir aku dari pintuMu
Aku tak akan pergi berlalu
Kerana cintaku pada Mu sepenuh kalbu ku


Aku mengabdi kepada Tuhan
Bukan kerana takut neraka
Bukan pula kerana mengharap masuk syurga
Tetapi aku mengabdi,
Kerana cintaku padaNya

Ya Allah, jika aku menyembahMu
Kerana takut neraka, bakarlah aku di dalamnya
Dan jika aku menyembahMu
Kerana mengharap syurga, campakkanlah aku darinya
Tetapi, jika aku menyembahMu
Demi Engkau semata-mata,
Janganlah Engkau enggan memperlihatkan keindahan wajahMu
Yang abadi padaku

Ya Allah
Semua jerih payahku
Dan semua hasratku di antara segala
Kesenangan-kesenangan
Di dunia ini, adalah untuk mengingat Engkau
Dan di akhirat nanti, diantara segala kesenangan
Adalah untuk berjumpa denganMu
Begitu juga dengan diriku
Seperti yang telah Kau katakan
Kini, berbuatlah seperti yang Engkau Kehendaki

Aku mencintaiMu dengan dua cinta
Cinta kerana diriku dan cinta kerana diriMu
Cinta kerana diriku, adalah keadaan sentiasa mengingatMu
Cinta kerana diriMu, adalah keadaanMu mengungkapkan tabir
Hingga Engkau ku lihat
Baik untuk ini mahupun untuk itu
Pujian bukanlah bagiku
BagiMu pujian untuk semua itu


Buah hatiku, hanya Engkau yang kukasihi
Beri ampunlah pembuat dosa yang datang kehadiratMu
Engkaulah harapanku, kebahagiaan dan kesenanganku
Hatiku telah enggan mencintai selain dari Engkau

Sendiri daku bersama Cintaku
Waktu rahsia yang lebih lembut dari udara petang
Lintas dan penglihatan batin
Melimpahkan kurnia atas doaku

Seluruh keindahan menyatu
Dalam wajahNya yang sempurna
Lihat Dia, yang akan berkata
“Tiada Tuhan selain Dia, dan Dialah Yang maha Mulia.”

by. Pakar Cinta

Dari mana aja

blogger web statistics
Literature W3 Directory - the World Wide Web Directory